Saturday, May 12, 2012

start menulis

          Dah lama tak menulis blog..blog? erm.. sepanjang pengamatan aku,blog adalah satu laman internet yang sepenuhnya dimiliki oleh seseorang penulis itu. Jadi seseorang penulis yang mempunyai blog ,bebas untuk menulis apa saja yang dia mahu. Banyak blog-blog berunsurkan politik,yang menyokong kerajaan,yang menghentam kerajaan., yang mengadili kerajaan,pemimpin dan macam-macam lagi. Ada juga blog-blog yang berunsurkan hiburan,menggossipkan artis-artis dan selebriti..sehinggakan ada kes saman menyaman kerana menulis blog yang keterlaluan atau melanggar hak priivasi seseorang yang di tulis kisahnya.
      Aku ada juga membaca beberapa blogspot yang menggunakan blog untuk menunjukkan minat sendiri,seperti modeling,kucing,masakan,perniagaan dan macam-macam lagi. jadi blog ni sebenarnya tidak terhad. sehinggakan ada yang menjadi popular dan dikenali kerana menulis blog berkenaan aktiviti hariannya sendiri- seolah-olah seperti diari.
       kesimpulannya blog adalah milik kita dan kita bebas untuk menulis apa saja yang kita mahu. tetapi harus diingat. risiko adalah tinggi sekiranya anda tidak berhati-hati dalam menulis.